Friday 21 October 2011

  • SPAM
     
Spam merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki. Bentuk spam yang paling terkenal ialah spam e-mel.

  • BLOG
     
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makananpolitik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian.

  • WIFI
     
Wi-Fi (atau Wi-fi, WiFi, Wifi, wifi) dianggap merupakan singkatan untuk Wireless Fidelity, tetapi sebenarnya ia dipilih mengikut pola "Hi-Fi". Ia merupakan piawai untukrangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WLAN - Wireless Local Area Network).

  • BLUETOOTH
     
    Bluetooth ialah satu piawai teknologi wayarles terbuka untuk penukaran data pada jarak dekat (menggunakan gelombang radio julat pendek) dari alat-alat mudah alih dan tetap, mencipta rangkaian kawasan persendirian (PAN) dengan tahap keselamatan tinggi. 

    • DOMAIN
         

      Nama yang digunakan sebagai alamat suatu komputer dalam dunia Internet. Contoh nama domain ialah seperti ms.wikipedia.org.Hasil pendaftar nama domain kepada pelanggannya. Ini selalu disebut nama domain berdaftar.

      • PHISING
           

        Dalam pengkomputeranphishing (sebutan: 'fishing') adalah satu cubaan bersifat jenayah serta penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitif di dalam perhubungan elektronik seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai.